Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Rabu, 26 Disember 2012

Adam adalah pembela Hawa :)


Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi s
alam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?

Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa...


NOTAMUKABUKU : 

Kata AYAH kepada anak perempuannya :
"Lelaki itu bukan untuk DIBANDING-BANDINGKAN ketampanan wajah dan DIMAINKAN hatinya, sebaliknya untuk MEMIMPIN IMAN DAN TAQWAMU.."

Kata IBU kepada anak lelakinya :
"Perempuan itu bukan untuk DIREBUT CINTANYA dan DIMEGAH-MEGAHKAN kecantikannya, sebaliknya untuk kamu LINDUNGI MARUAH DAN KEHORMATANNYA.."



Tender Loving Care,
Hazwanie Harun

Sabtu, 8 Disember 2012

Saya Peminat Minuman COOLBLOG :)

Assalamualaikum,,hai kawan-kawan?apa khabar?sihat tak?harap kawan-kawan wani sentiasa sihat walafiat..jangan lupa jaga kesihatan tau?Hari ini Hari Sabtu,jadi kebiasaannya wani selalu pergi beli COOLBLOG perisa ABC kat Kolej Kemudahan Pelajar Kolej Angsana (kolej kediaman untuk budak2 lelaki) UiTM Puncak Alam sebab kat sini je la yang jual COOLBLOG tu..tempat tu tak lah jauh sangat..dalam 5 minit berjalan kaki sampai la kat tempat tu..sebab apa wani suka minum COOLBLOG?sebab rasanya SEDAP & Best (Boleh Tahan la)..rasanya sangat SEJUK apabila ia diminum..apalah wani ni..dah nama pun COOLBLOG memang la sejuk..hehe..tu je la yang sebenarnya wani nak cerita..mengidam pulak nak minum COOLBLOG ABC..heheh..sekian saja tinta wani..

 ##Nah tengok gambar gambar COOLBLOG ABC


COOLBLOG abc dah minum separuh baru nak ambil gambar :P

COOLBLOG ABC (COVER Grape Fruit)

COOLBLOG ABC (COVER Happy Blog)

AIS BLEND jenama EACH A CUP  (Sama mcm COOLBLOG Tapi tak serupa RASANYA)

COOLBLOG ABC (COVER Patung LEGO)..Comelnya :)

#selingan..rinduu nak minum Air VITAGEN..ni Adik DAYAH belanja akak  wani :)

Rabu, 28 November 2012

Cerita KAMI di Pantai TG Kempit ENDAU :)

Semalam 27 November 2012, Wani , Zara dengan Faiz pergi lepak dekat tempat yang biasa kami selalu pergi iaitu dekat Pantai Tanjung Kempit kat Kampung Belukar Juling semestinya kat Endau la..hehehe..Tempat ni menyimpan kenangan MANIS untuk wani dengan sahabat2 wani..Dulu masa zaman Sekolah Menengah,kami selalu lepak kat tempat ni untuk hilangkan stress selepas belajar.Tempat ni taklah sehebat macam Pantai Cherating atau Pantai Cahaya Bulan tapi rasa tenang je kalau dapat pergi pantai ni..Dapat tengok desiran ombak yang sangat mendamaikan.Nak pergi Pulau Tioman (takda bajet nak pergi sana) walaupun dekat je nak pergi sana..Faiz,Siti,Zara,Syera,Fatin,Kak Nor,Farah,Aiq,Suriati,Haq,Faridah & budak2 5T1 2010  SMK Ungku Husin..Wani SAYANG kamu semua..rindu nak jumpa korang lagi..

Nah,layan Gambar Candid yang sempat wani tangkap.. :)



Desiran Ombak

Berjuta Batu di Pantai. :)

Batu yang Unik..Kau Ado?

Rindu nak pergi kat sini lagi :'(

KAMI :)

Apalah yang kami borakkan tu eh?hehehe

sempat lagi wani wat peace..Thanks dik..tlg ambilkan gambar :)
P/s : 
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
(^_^)

Tender Loving Care,
Hazwanie Harun


Khamis, 22 November 2012

Makanan Kesukaan Nabi – Makanan sunnah

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan


3.
Buah Tin
– Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4.
Anggur
– Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut

5.
Madu
– Ia adalah makanan segala makanan , minuman segala minuman , ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas , membuka selera , menguatkan perut , membuang kahak . Baik diminum waktu pagi dengan air suam.

6.
Tembikai
(Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang , memperbaiki otak , memperbaharui pandangan mata , membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata , perancang keluarga .

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan , merawat radang perut.

10. Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati



##JUST COPYPASTE..Harap BERMANFAAT:)



Tender Loving Care,
Hazwanie Harun

Isnin, 5 November 2012

Buah Dabai dari Bintulu ke Puncak ;)

Buah DABAI :)
Masih terasa kekelatan buah Dabai yang baru wani makan semalam (4 November 2012)..Kebetulan akak roomate wani,,akak ain bawak khas dari Bintulu,Sarawak..Buah dabai ni memang takde kat semenanjung Malaysia,jadi mmg susah la nak jumpa spesies buah mcm  ni..First time tgk buah ni mcm buah Kurma tau,rasa excited nak makan.Tapi bila dah cuba makan rasa buah ni sangat lain mcm lah..mungkin wani tak biasa makan kot sbb First time cuba makan buah ni..tapi ok juga sebab buah ni ada rasa lemak2 bila kita makan..apa pun Satu PENGALAMAN baru yang wani dapat semalam.dapat rasa buah dari Sarawak.. *teringin nak pergi Sarawak apakan daya sibuk dengan kuliah  & praktikal..Pada kawan2 wani..cuba la rasa buah ni kalau kamu semua dapat pergi ke Sarawak atau ada kawan yang datang dari Sarawak..suruh kawan-kawan bawak dan rasa sendiri kelemakan buah ini.

p/s : Renung renungkan dan Jangan TERMENUNG tau :)


Tender Loving Care,
Hazwanie Harun




Ahad, 4 November 2012

Istiadat Konvokesyen UNIRAZAK yang ke 12 :)

Semalam 3 November 2012,Alhamdulilah abg wani yang bernama Hazwan Harun sudah tamat pelajaran & terima Ijazah Pendidikan Bahasa Inggeris (major) & Ekonomi (minor) dalam UNIRAZAK 12th Convocation Ceremony atau Istiadat Konvokesyen UNIRAZAK yang ke 12 dekat Putrajaya International Convention Centre (PICC)  :)..Mak Abah mesti bangga sebab dapat tgk abg wan dh dapat Ijazah..Mak ayah mana yang tak gembira tgk anak2 die berjaya.sempat juga tengok abang wan berkonvo walaupun tak dapat nak masuk dalam dewan konvo tu..dapat tengok kat dalam skrin besar (pihak PICC sediakan) pun jadi la.Ramai jugak la yang berkonvo sama dengan abang wani semalam.dalam 2000 ribu lebih jgk la..InsyaAllah lagi 2 thn akan dtg,wani pula akan berkonvo.Biar mak dgn abah bangga tgk kami adik beradik berjaya dalam pelajaran.SAYANG Mak dengan Abah :)



Banner  UNIRAZAK 12th Convocation Ceremony




Dapat tgk abg wan konvo melalui skrin besar je :(

Hadiah utk abg wan..*takcukup bajet nak beli bunga

Adik kesayangan wani :)

Suasana sebelum majlis konvokesyen bermula *kat depan dewan

tetiba adik baju kurung ni berkawan dgn adik dayah *dpt tmbah kwn jap :)

kita pun konvo jgk tau..PEACE! :)

Adik Dayah & Adik Liza sempat bergambar kat  banner UNIRAZAK :)

Gambaq yang sempat aku amik kat skrin BESAR

Tun Rahah Canselor UNIRAZAK :)

Coklat ZIP Cadbury..Murah je..RM1 satu :)

Patung pun berkonvo jgk tau..huhu

Suasana di luar dewan..tengok org konvo dlm skrin je..

Pinjam baju  konvo abg wan jap..:)

Liza pun nak amik gambar jugak.. :D

Kita dapat bunga tau..Awak ADA??

Family Photo @ UNIRAZAK's 12th Convocation Ceremony :)  *Sayang mereka

Family Photo @ UNIRAZAK's 12th Convocation Ceremony with BAKAL Besan *bukan besen ye! :P
Abg wan sempat ambil gambar dengan bakal mak mertua..InsyaAllah

Mak Abah..pendorong kejayaan kami :')

Sedih je.senyum sikit.. :)
Senyum mcm saya *bak kata adik dayah :D

Sayang Mak :)

Senyum semua ;)

Peace yo! :)

Abg wan bergambar dengan mak ;)

Saya berkonvo *aku belum habis belajar lagi la =='

Saya suka Peace Yo!anda pula?

p/s : Apa yang paling membanggakan oleh seorang adik ialah melihat abgnya berjaya.. :)


Tender Loving Care,
Hazwanie Harun



Isnin, 17 September 2012

Inilah saya!

Assalamualaikum..Apa khabar sahabat2..Nak memperkenalkan latarbelakang saya pada sahabat yang mengenali diri ini..Ringkas tapi Padat.

Nama diberi Hazwani Binti Harun..Berumur 19 tahun..Lahir pada 19 April 1993 di Hospital Sultanah Aminah,Johor Darul Takzim (Proud To Be Johorean).Saya anak yang kedua daripada empat orang adik beradik.Sekarang sedang menuntut di UiTM Puncak Alam,Selangor dalam Diploma Kejururawatan (insyaallah Bakal Staff Nurse).Menetap di Endau,Mersing.Status?Alhamdulilah masih single but available..HAHAHA..sedang mencari imam yang sesuai dgn iman dan hati ini InsyaAllah,,Saya sangat menyayangi kedua ibu bapa saya yang bernama Harun Bidin & Rohana Zaury.Menghargai jasa mereka yg tidak jemu2 mendidik dan menbesarkan saya sejak kecil sampai la dh BESAR pun sekarang..
Mempunyai adik beradik yang sangat HENSEM dan COMEL iaitu Abg Hazwan,Adik Haliza dan Adik Hidayah (Saya syg mereka)..Nama kami adik beradik bermula dari Huruf  'H' tau..Mempunyai 2 orang sahabat baik yg banyak simpan segala rahsia dan suka duka hati ini sejak zaman sekolah lagi iaitu Siti Hasanah & Nazirul Faiz (yang saya tak sebut tu bukan bermakna anda bukan sahabat baik saya tau jangan sedih :'( )..Saya sangat menyayangi mereka seperti saudara kandung saya sendiri..sampai sini dululah coretan saya..bertemu kembali di post yang akan datang..wasalam..

p/s : kenangan mengusik jiwa..:D


Dari kiri Faiz,Siti Hasanah,Cikgu Salbiah,Zara,& Wani 



Gambar Raya bersama Sahabat 5 TEKNOLOGI 1 2010 SMK Ungku Husin

Ini pula sahabat sahabat saya di UiTM Puncak Alam..Insya Allah,bakal Staff Nurse ;)

Tender Loving Care,
Hazwanie Harun 


Air Mata Lelaki..:)


Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,

Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.


p/s
Lelaki yang baik itu tidak semestinya datang dengan kepala bersongkok , janggut selambak atau harta yang membuak-buak ... :') !

BILA AKU JATUH CINTA ;)

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,

Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.




Tender Loving Care,
Hazwanie Harun
Bercinta sampai ke SYURGA .. ♥


Lelaki : Assalamualaikum
bidadariku~setiap hari selepas baca
alQuran,sayang mesti bagi laporan
berapa juz da habis.. Kenapa semalam
tak bagi mesej laporan?


Wanita : Walaikumsalam... Orang
merajuk... :(


Lelaki : Laa... Kenapa ni??


Wanita : Semalam abang ponteng

tahajjud!! Sayang call kejut abang tak
jawab.. :'(



Lelaki : Astagfirullahal'azim.. Abang
penat + malas semalam
...



Wanita : Tapi dulu abang da janji nak
masuk syurga sama2..



Lelaki : hmm.. Betullah tu.. Abang
mintak maaf.. :'(



Wanita : Kalau abang ponteng amal,
sayang akan lebih amal.. Bila sayang
lebih amal, sayang takut syurga sayang
lagi tinggi, abang duduk syurga
rendah.. Macam mana kita nak jumpa?
Sayang tak mahu berpisah dengan
abang.. Abang yang janji nak bercinta
sampai ke syurga kan
?



Lelaki : (mengalir air mata).. Semoga
ALLAH ampunkan abang... Malam ni
abg tak malas2 lagi..



P/s : Sweetnya bila bercinta di jalan Allah (^_^).."SubhanAllah"




Rabu, 15 Ogos 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah ;)

A : Nak nikah x ?

B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah

A : Dah ada calon?


B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH

A : Siapa dia?

B : Insyaallah dia adalah lelaki pilihan ALLAH

A : Kenapa nak nikah dgn dia ?

B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH

A : Bagaimana nanti nak jumpa ?

B : Yakin je, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya je dgn ALLAH

A : Laa, bila nak nikahnya ?

B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik

A : Jadi kat mana jumpanya ?

B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH

A : Jadi ?

B : Serahkan pada ALLAH, niatkan untuk gapai redha nya je, insyaallah beres ~


p/s : 
Lelaki yang setia akan terus menunggu, wanita yang setia akan menguji kesabaran lelaki.

Selasa, 14 Ogos 2012

Doaku Untukmu Wahai Imamku ;)

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.


Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,
Tutuplah matamu memandangku
kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi
segala kelemahanku.



Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan
merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu
untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,



Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan
niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam
istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan
yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian
sementara.



Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa
mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati
dalam redhaNya.



Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku
memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku
kerana Dia”



p/s : 
 I still love you with all my heart and even though we don't talk, you still come to mind everyday..Saranghaeyo ♥♥♥(✿◠‿◠)..


Tender Loving Care,
Hazwanie Harun