Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Isnin, 17 September 2012

Inilah saya!

Assalamualaikum..Apa khabar sahabat2..Nak memperkenalkan latarbelakang saya pada sahabat yang mengenali diri ini..Ringkas tapi Padat.

Nama diberi Hazwani Binti Harun..Berumur 19 tahun..Lahir pada 19 April 1993 di Hospital Sultanah Aminah,Johor Darul Takzim (Proud To Be Johorean).Saya anak yang kedua daripada empat orang adik beradik.Sekarang sedang menuntut di UiTM Puncak Alam,Selangor dalam Diploma Kejururawatan (insyaallah Bakal Staff Nurse).Menetap di Endau,Mersing.Status?Alhamdulilah masih single but available..HAHAHA..sedang mencari imam yang sesuai dgn iman dan hati ini InsyaAllah,,Saya sangat menyayangi kedua ibu bapa saya yang bernama Harun Bidin & Rohana Zaury.Menghargai jasa mereka yg tidak jemu2 mendidik dan menbesarkan saya sejak kecil sampai la dh BESAR pun sekarang..
Mempunyai adik beradik yang sangat HENSEM dan COMEL iaitu Abg Hazwan,Adik Haliza dan Adik Hidayah (Saya syg mereka)..Nama kami adik beradik bermula dari Huruf  'H' tau..Mempunyai 2 orang sahabat baik yg banyak simpan segala rahsia dan suka duka hati ini sejak zaman sekolah lagi iaitu Siti Hasanah & Nazirul Faiz (yang saya tak sebut tu bukan bermakna anda bukan sahabat baik saya tau jangan sedih :'( )..Saya sangat menyayangi mereka seperti saudara kandung saya sendiri..sampai sini dululah coretan saya..bertemu kembali di post yang akan datang..wasalam..

p/s : kenangan mengusik jiwa..:D


Dari kiri Faiz,Siti Hasanah,Cikgu Salbiah,Zara,& Wani 



Gambar Raya bersama Sahabat 5 TEKNOLOGI 1 2010 SMK Ungku Husin

Ini pula sahabat sahabat saya di UiTM Puncak Alam..Insya Allah,bakal Staff Nurse ;)

Tender Loving Care,
Hazwanie Harun 


Air Mata Lelaki..:)


Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,

Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.


p/s
Lelaki yang baik itu tidak semestinya datang dengan kepala bersongkok , janggut selambak atau harta yang membuak-buak ... :') !

BILA AKU JATUH CINTA ;)

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,

Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.




Tender Loving Care,
Hazwanie Harun
Bercinta sampai ke SYURGA .. ♥


Lelaki : Assalamualaikum
bidadariku~setiap hari selepas baca
alQuran,sayang mesti bagi laporan
berapa juz da habis.. Kenapa semalam
tak bagi mesej laporan?


Wanita : Walaikumsalam... Orang
merajuk... :(


Lelaki : Laa... Kenapa ni??


Wanita : Semalam abang ponteng

tahajjud!! Sayang call kejut abang tak
jawab.. :'(



Lelaki : Astagfirullahal'azim.. Abang
penat + malas semalam
...



Wanita : Tapi dulu abang da janji nak
masuk syurga sama2..



Lelaki : hmm.. Betullah tu.. Abang
mintak maaf.. :'(



Wanita : Kalau abang ponteng amal,
sayang akan lebih amal.. Bila sayang
lebih amal, sayang takut syurga sayang
lagi tinggi, abang duduk syurga
rendah.. Macam mana kita nak jumpa?
Sayang tak mahu berpisah dengan
abang.. Abang yang janji nak bercinta
sampai ke syurga kan
?



Lelaki : (mengalir air mata).. Semoga
ALLAH ampunkan abang... Malam ni
abg tak malas2 lagi..



P/s : Sweetnya bila bercinta di jalan Allah (^_^).."SubhanAllah"