Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Rabu, 26 Disember 2012

Adam adalah pembela Hawa :)


Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi s
alam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?

Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa...


NOTAMUKABUKU : 

Kata AYAH kepada anak perempuannya :
"Lelaki itu bukan untuk DIBANDING-BANDINGKAN ketampanan wajah dan DIMAINKAN hatinya, sebaliknya untuk MEMIMPIN IMAN DAN TAQWAMU.."

Kata IBU kepada anak lelakinya :
"Perempuan itu bukan untuk DIREBUT CINTANYA dan DIMEGAH-MEGAHKAN kecantikannya, sebaliknya untuk kamu LINDUNGI MARUAH DAN KEHORMATANNYA.."



Tender Loving Care,
Hazwanie Harun

Sabtu, 8 Disember 2012

Saya Peminat Minuman COOLBLOG :)

Assalamualaikum,,hai kawan-kawan?apa khabar?sihat tak?harap kawan-kawan wani sentiasa sihat walafiat..jangan lupa jaga kesihatan tau?Hari ini Hari Sabtu,jadi kebiasaannya wani selalu pergi beli COOLBLOG perisa ABC kat Kolej Kemudahan Pelajar Kolej Angsana (kolej kediaman untuk budak2 lelaki) UiTM Puncak Alam sebab kat sini je la yang jual COOLBLOG tu..tempat tu tak lah jauh sangat..dalam 5 minit berjalan kaki sampai la kat tempat tu..sebab apa wani suka minum COOLBLOG?sebab rasanya SEDAP & Best (Boleh Tahan la)..rasanya sangat SEJUK apabila ia diminum..apalah wani ni..dah nama pun COOLBLOG memang la sejuk..hehe..tu je la yang sebenarnya wani nak cerita..mengidam pulak nak minum COOLBLOG ABC..heheh..sekian saja tinta wani..

 ##Nah tengok gambar gambar COOLBLOG ABC


COOLBLOG abc dah minum separuh baru nak ambil gambar :P

COOLBLOG ABC (COVER Grape Fruit)

COOLBLOG ABC (COVER Happy Blog)

AIS BLEND jenama EACH A CUP  (Sama mcm COOLBLOG Tapi tak serupa RASANYA)

COOLBLOG ABC (COVER Patung LEGO)..Comelnya :)

#selingan..rinduu nak minum Air VITAGEN..ni Adik DAYAH belanja akak  wani :)