Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Ahad, 10 November 2013

Antara Suka Dan Cinta

Apa beza antara suka dan cinta?” Si gadis bertanya.

Si lelaki melipat helaian akhir novelnya lalu menjawab : “macam apa yang kita rasa pada sekuntum bunga.”

“Terangkan?” Si gadis musykil.
“Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau kita cintakan bunga tu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar. Samalah macam manusia. Kalau kita suka pada seseorang, kita akan berusaha untuk miliki dia. Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita

p/s : Jangan simpan seseorang dalam hati. Hati itu berbolak balik sifatnya. Simpanlah seseorang dalam doa. Kerana doa itu tercatat di langit selamanya














Khamis, 1 Ogos 2013

Lawak Kampus edisi diri sendiri

Kawan : eh ko bila nak ade pacar? aku : tepuk bahu dia..amboi ko..muka mcm ni mne ade lagi Kawan : la ye ke?aku ingtkan ko dh ade. aku : -_-.eh ko ni ada ada je la

kawan : kau ni single but not available ke? aku : single but not available tu ape? kawan : mksdnya ko single tapi ko ade minat seseorang

aku : owh ye ke?aku mmg single tp ade jgk la minat seseorang.rmai kot aku minat. engineer,lawyer,majistret,doktor..haha kawan : eh ko ni buat lawak pulak *geleng2 kepala
aku : dlm hati aku cakap.biarlah masa menentukan.. kalau ade JODOH awal,aku trima je..skrg ni aku nak jaga hati aku utk org yg layak menerimanya

Ahad, 14 April 2013

Selamat Hari Lahir?






birthday siapalah 19 April 1993..tak ada siapa pun yang ingat :(

Khamis, 28 Mac 2013

Jauhi Diriku Dekati waliku :)

Situasi 1

Hawa : saya tidak layak untuk awak.
Adam : Kenapa?
Hawa: awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…
Adam: saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Hawa : awak pintar, awak ada ramai peminat.
Adam : Peminat? saya tidak perlukan ...mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Hawa : saya juga tidak dalam ilmu agama.
Adam : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
Hawa : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…
Adam : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
Hawa : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat langit dan bumi. Terlalu banyak perbezaan.
Adam : Perbezaan membuat kita lengkap.

Hawa : Awak terlalu sempurna.
Adam : Belum. Akan sempurna jika ada awak .
Hawa : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Adam : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?
Hawa : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta



Situasi 2



Satu hari...si perempuan dapat mesej dripada rakan lelakinya semasa zaman universiti dulu2...Cuak dia tetiba2 mamat tu mesej...dah sekian lama berdiam diri tetiba muncul...apahal mamat sorg ni? desis hatinya...



A: Salam...nak tanya ni...dah berpunya belum?
B : Wasalam...ko ni dah kenapa?...buang tebiat ke??
A : Aku serius ni...
B : kalau aku kata belum...kenapa?
A : Aku nak masuk meminang kau...
B : Kau sanggup jaga aku? Kau sanggup terima kekurangan & kelebihan aku?
A : Suami isterikan saling melengkapi...insyaallah aku ambil tanggungjawab tu...
B : Kenapa aku?
A : Sebab Allah bagi jawapan itu adalah kau...

Si perempuan tak tahu nak balas apa...terkesima...Ya Allah~...dulu pun aku pernah pendam rasa cinta kepada die...apa patut aku jawab...Adakah dia jodohku...???

A : Kenapa senyap? Aku serius....aku nak ambil kau sbgai suri hidup aku...aku tak nak jawapan skrg...tunggu aku dtg...bagi alamat rumah...sbb aku nak jumpa wali kau...face to face dgn bapa kau...
B: Okay,Aku tunggu kau dtg...

p/s : hehe...kalau mmg dah jodoh....Insyaallah takkan ke mananya ..pastikan berada di lorong yg betul,,tak payah nak bercinta sakan...kalau die mmg untuk kita.., Allah akan pertemukan juga dgn apa cara sekalipun kan♥♥♥(✿◠‿◠)..