Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sabtu, 17 September 2011

Wanita Solehah

Wanita solehah itu aurat dijaga, 
Pergaulan dipagari, 
Sifat malu pengikat diri, 
Seindah hiasan di dunia ini..

Keayuan wanita solehah itu, 
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya, 
Kemanisan wanita solehah, 
Tidak terletak pada kemanjaannya, 
Daya penarik wanita solehah itu, 
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, 
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu..

Bukan dan tidak sama sekali, 
Kepetahan wanita solehah, 
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, 
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama..

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, 
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, 
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, 
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.. 

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, 
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, 
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, 
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi.. 

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu, 
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, 
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, 
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, 
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, 
Bersyukurlah diatas apa yang ada, 
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama..

Salam perjuangan untuk sahabatku, 
Wanita solehah..

Jumaat, 16 September 2011

RENUNGAN BERSAMA

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri



Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..



Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..



Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..



Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti



Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya



Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,

Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya



Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,

Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya.



Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,

Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya.



Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa.



Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna



Tapi bersahabatlah kerana Allah..