Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Selasa, 14 Ogos 2012

Doaku Untukmu Wahai Imamku ;)

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.


Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,
Tutuplah matamu memandangku
kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi
segala kelemahanku.



Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan
merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu
untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,



Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan
niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam
istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan
yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian
sementara.



Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa
mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati
dalam redhaNya.



Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku
memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku
kerana Dia”



p/s : 
 I still love you with all my heart and even though we don't talk, you still come to mind everyday..Saranghaeyo ♥♥♥(✿◠‿◠)..


Tender Loving Care,
Hazwanie Harun

Tiada ulasan: