Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Ahad, 10 November 2013

Antara Suka Dan Cinta

Apa beza antara suka dan cinta?” Si gadis bertanya.

Si lelaki melipat helaian akhir novelnya lalu menjawab : “macam apa yang kita rasa pada sekuntum bunga.”

“Terangkan?” Si gadis musykil.
“Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau kita cintakan bunga tu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar. Samalah macam manusia. Kalau kita suka pada seseorang, kita akan berusaha untuk miliki dia. Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita

p/s : Jangan simpan seseorang dalam hati. Hati itu berbolak balik sifatnya. Simpanlah seseorang dalam doa. Kerana doa itu tercatat di langit selamanya














Khamis, 1 Ogos 2013

Lawak Kampus edisi diri sendiri

Kawan : eh ko bila nak ade pacar? aku : tepuk bahu dia..amboi ko..muka mcm ni mne ade lagi Kawan : la ye ke?aku ingtkan ko dh ade. aku : -_-.eh ko ni ada ada je la

kawan : kau ni single but not available ke? aku : single but not available tu ape? kawan : mksdnya ko single tapi ko ade minat seseorang

aku : owh ye ke?aku mmg single tp ade jgk la minat seseorang.rmai kot aku minat. engineer,lawyer,majistret,doktor..haha kawan : eh ko ni buat lawak pulak *geleng2 kepala
aku : dlm hati aku cakap.biarlah masa menentukan.. kalau ade JODOH awal,aku trima je..skrg ni aku nak jaga hati aku utk org yg layak menerimanya

Ahad, 14 April 2013

Selamat Hari Lahir?






birthday siapalah 19 April 1993..tak ada siapa pun yang ingat :(

Khamis, 28 Mac 2013

Jauhi Diriku Dekati waliku :)

Situasi 1

Hawa : saya tidak layak untuk awak.
Adam : Kenapa?
Hawa: awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…
Adam: saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Hawa : awak pintar, awak ada ramai peminat.
Adam : Peminat? saya tidak perlukan ...mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Hawa : saya juga tidak dalam ilmu agama.
Adam : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
Hawa : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…
Adam : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
Hawa : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat langit dan bumi. Terlalu banyak perbezaan.
Adam : Perbezaan membuat kita lengkap.

Hawa : Awak terlalu sempurna.
Adam : Belum. Akan sempurna jika ada awak .
Hawa : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Adam : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?
Hawa : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta



Situasi 2



Satu hari...si perempuan dapat mesej dripada rakan lelakinya semasa zaman universiti dulu2...Cuak dia tetiba2 mamat tu mesej...dah sekian lama berdiam diri tetiba muncul...apahal mamat sorg ni? desis hatinya...



A: Salam...nak tanya ni...dah berpunya belum?
B : Wasalam...ko ni dah kenapa?...buang tebiat ke??
A : Aku serius ni...
B : kalau aku kata belum...kenapa?
A : Aku nak masuk meminang kau...
B : Kau sanggup jaga aku? Kau sanggup terima kekurangan & kelebihan aku?
A : Suami isterikan saling melengkapi...insyaallah aku ambil tanggungjawab tu...
B : Kenapa aku?
A : Sebab Allah bagi jawapan itu adalah kau...

Si perempuan tak tahu nak balas apa...terkesima...Ya Allah~...dulu pun aku pernah pendam rasa cinta kepada die...apa patut aku jawab...Adakah dia jodohku...???

A : Kenapa senyap? Aku serius....aku nak ambil kau sbgai suri hidup aku...aku tak nak jawapan skrg...tunggu aku dtg...bagi alamat rumah...sbb aku nak jumpa wali kau...face to face dgn bapa kau...
B: Okay,Aku tunggu kau dtg...

p/s : hehe...kalau mmg dah jodoh....Insyaallah takkan ke mananya ..pastikan berada di lorong yg betul,,tak payah nak bercinta sakan...kalau die mmg untuk kita.., Allah akan pertemukan juga dgn apa cara sekalipun kan♥♥♥(✿◠‿◠)..

Rabu, 26 Disember 2012

Adam adalah pembela Hawa :)


Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi s
alam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?

Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa...


NOTAMUKABUKU : 

Kata AYAH kepada anak perempuannya :
"Lelaki itu bukan untuk DIBANDING-BANDINGKAN ketampanan wajah dan DIMAINKAN hatinya, sebaliknya untuk MEMIMPIN IMAN DAN TAQWAMU.."

Kata IBU kepada anak lelakinya :
"Perempuan itu bukan untuk DIREBUT CINTANYA dan DIMEGAH-MEGAHKAN kecantikannya, sebaliknya untuk kamu LINDUNGI MARUAH DAN KEHORMATANNYA.."



Tender Loving Care,
Hazwanie Harun

Sabtu, 8 Disember 2012

Saya Peminat Minuman COOLBLOG :)

Assalamualaikum,,hai kawan-kawan?apa khabar?sihat tak?harap kawan-kawan wani sentiasa sihat walafiat..jangan lupa jaga kesihatan tau?Hari ini Hari Sabtu,jadi kebiasaannya wani selalu pergi beli COOLBLOG perisa ABC kat Kolej Kemudahan Pelajar Kolej Angsana (kolej kediaman untuk budak2 lelaki) UiTM Puncak Alam sebab kat sini je la yang jual COOLBLOG tu..tempat tu tak lah jauh sangat..dalam 5 minit berjalan kaki sampai la kat tempat tu..sebab apa wani suka minum COOLBLOG?sebab rasanya SEDAP & Best (Boleh Tahan la)..rasanya sangat SEJUK apabila ia diminum..apalah wani ni..dah nama pun COOLBLOG memang la sejuk..hehe..tu je la yang sebenarnya wani nak cerita..mengidam pulak nak minum COOLBLOG ABC..heheh..sekian saja tinta wani..

 ##Nah tengok gambar gambar COOLBLOG ABC


COOLBLOG abc dah minum separuh baru nak ambil gambar :P

COOLBLOG ABC (COVER Grape Fruit)

COOLBLOG ABC (COVER Happy Blog)

AIS BLEND jenama EACH A CUP  (Sama mcm COOLBLOG Tapi tak serupa RASANYA)

COOLBLOG ABC (COVER Patung LEGO)..Comelnya :)

#selingan..rinduu nak minum Air VITAGEN..ni Adik DAYAH belanja akak  wani :)

Rabu, 28 November 2012

Cerita KAMI di Pantai TG Kempit ENDAU :)

Semalam 27 November 2012, Wani , Zara dengan Faiz pergi lepak dekat tempat yang biasa kami selalu pergi iaitu dekat Pantai Tanjung Kempit kat Kampung Belukar Juling semestinya kat Endau la..hehehe..Tempat ni menyimpan kenangan MANIS untuk wani dengan sahabat2 wani..Dulu masa zaman Sekolah Menengah,kami selalu lepak kat tempat ni untuk hilangkan stress selepas belajar.Tempat ni taklah sehebat macam Pantai Cherating atau Pantai Cahaya Bulan tapi rasa tenang je kalau dapat pergi pantai ni..Dapat tengok desiran ombak yang sangat mendamaikan.Nak pergi Pulau Tioman (takda bajet nak pergi sana) walaupun dekat je nak pergi sana..Faiz,Siti,Zara,Syera,Fatin,Kak Nor,Farah,Aiq,Suriati,Haq,Faridah & budak2 5T1 2010  SMK Ungku Husin..Wani SAYANG kamu semua..rindu nak jumpa korang lagi..

Nah,layan Gambar Candid yang sempat wani tangkap.. :)



Desiran Ombak

Berjuta Batu di Pantai. :)

Batu yang Unik..Kau Ado?

Rindu nak pergi kat sini lagi :'(

KAMI :)

Apalah yang kami borakkan tu eh?hehehe

sempat lagi wani wat peace..Thanks dik..tlg ambilkan gambar :)
P/s : 
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
(^_^)

Tender Loving Care,
Hazwanie Harun