Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Khamis, 28 Mac 2013

Jauhi Diriku Dekati waliku :)

Situasi 1

Hawa : saya tidak layak untuk awak.
Adam : Kenapa?
Hawa: awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…
Adam: saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Hawa : awak pintar, awak ada ramai peminat.
Adam : Peminat? saya tidak perlukan ...mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Hawa : saya juga tidak dalam ilmu agama.
Adam : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.
Hawa : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…
Adam : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
Hawa : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat langit dan bumi. Terlalu banyak perbezaan.
Adam : Perbezaan membuat kita lengkap.

Hawa : Awak terlalu sempurna.
Adam : Belum. Akan sempurna jika ada awak .
Hawa : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Adam : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?
Hawa : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta



Situasi 2



Satu hari...si perempuan dapat mesej dripada rakan lelakinya semasa zaman universiti dulu2...Cuak dia tetiba2 mamat tu mesej...dah sekian lama berdiam diri tetiba muncul...apahal mamat sorg ni? desis hatinya...



A: Salam...nak tanya ni...dah berpunya belum?
B : Wasalam...ko ni dah kenapa?...buang tebiat ke??
A : Aku serius ni...
B : kalau aku kata belum...kenapa?
A : Aku nak masuk meminang kau...
B : Kau sanggup jaga aku? Kau sanggup terima kekurangan & kelebihan aku?
A : Suami isterikan saling melengkapi...insyaallah aku ambil tanggungjawab tu...
B : Kenapa aku?
A : Sebab Allah bagi jawapan itu adalah kau...

Si perempuan tak tahu nak balas apa...terkesima...Ya Allah~...dulu pun aku pernah pendam rasa cinta kepada die...apa patut aku jawab...Adakah dia jodohku...???

A : Kenapa senyap? Aku serius....aku nak ambil kau sbgai suri hidup aku...aku tak nak jawapan skrg...tunggu aku dtg...bagi alamat rumah...sbb aku nak jumpa wali kau...face to face dgn bapa kau...
B: Okay,Aku tunggu kau dtg...

p/s : hehe...kalau mmg dah jodoh....Insyaallah takkan ke mananya ..pastikan berada di lorong yg betul,,tak payah nak bercinta sakan...kalau die mmg untuk kita.., Allah akan pertemukan juga dgn apa cara sekalipun kan♥♥♥(✿◠‿◠)..

Tiada ulasan: